Ikuti Kami:

Jadi Wakil Artis K-Pop, Lee Teuk SJ Temu Bual Forum Budaya Bersama Puteri Haifa Al Saud

Jadi Wakil Artis K-Pop, Lee Teuk SJ Temu Bual Forum Budaya Bersama Puteri Haifa Al Saud

Lee Teuk tampil dalam satu temu bual bersama Puteri dari Arab Saudi? Wah, hebatnya!

Dalam satu majlis pembukaan “World Knowledge Forum 2022 (WKF 2022)”, satu sesi temu bual “Meeting with Princess Haifa Al Saud: The Future Of Travel, Tourism And Culture” telah menampilkan Lee Teuk SUPER JUNIOR sebagai wakil kepada artis K-Pop. Majlis itu diadakan di Jangchung Arena, Seoul.

Menerusi temu bual tersebut, Haifa binti Muhammad (Puteri Haifa Al Saud), yang merupakan Timbalan Menteri Pelancongan, berkongsi pandangannya mengenai peluang masa depan aspek pelancongan, jelajah, dan pertukaran budaya. lee teukSetelah pembukaan bicara dimulakan, Puteri Haifa Al Saud berkata,

Sejarah Saudi Arabia dan juga Korea sudah terjalin beberapa dekad yang lalu. Memandangkan kini kita meraikan ulang tahun ke-60 jalinan bersama antara dua buah negara, tahun ini sebenarnya kelihatan lebih istimewa. 

Lee Teuk berkata,

Saya dengan kamu betul sukakan K-Pop. Jadi, bila kali pertama kamu menggemari K-Pop, Puteri?

lee teukPuteri Haifa Al Saud menjawab,

Saya mula mengenali K-Pop buat kali pertama dari anak saya yang berumur 11 tahun. Bila Super Junior datang ke Jeddah, untuk membuat persembahan pada 2019, anak saya sangat teruja dan mula memperkenalkan saya kepada kumpulan kalian. Saya tahu ‘finger heart’ juga dari anak saya. Saudi Arabia juga telah menjadi antara 20 negara bagi pemasaran K-Pop, jadi saya yakin, ramai peminat K-Pop di sana. 

Lee Teuk berkongsi lagi,

Ketika kami membuat persembahan di sana pada 2019, saya risau peminat di sana akan mengalami kesukaran untuk memahami lagu-lagu kami. Bagaimanapun, peminat tempatan turut nyanyi bersama kami, belajar cara bercakap dengan kami malah turut menggemari makanan Korea. Saya rasa, dari situlah Korea dan Saudi Arabia menjadi lebih dekat.

lee teukPuteri Haifa Al Saud menjawab,

Ramai yang hanya akan memikiran minyak dan tanah pasir bila menyebut Saudi Arabia tapi sebenarnya orang tempatan lah yang menjadi simbol kami. Saya juga rasa kebaikan juga terus mengalir di antara semua rakyat tempatan. Saya rasa anak-anka muda Saudi Arabia mengetahui budaya Korea dengan baik sekali. Jadi, kami amat menyokong anak muda untuk tidak gentar dan menyokong minat mereka dalam mengenali budaya dna perihal negara luar. 

Korea bestie dengan Malaysia jugak kan…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...