Ikuti Kami:

Jadi Trend, 5 Pelakon Wanita Ini Pilih Lelaki Jauh Lebih Muda Sebagai Pasangan

Jadi Trend, 5 Pelakon Wanita Ini Pilih Lelaki Jauh Lebih Muda Sebagai Pasangan

Mungkin trend sekarang ini buat pelakon wanita Korea untuk bercinta dengan lelaki lebih muda.

Terbaru Han Ji-min mengakui hubungan cinta bersama vokalis kumpulan Jannabi, Choi Jung-hoon yang 10 tahun lebih muda darinya. Khabarnya mereka berkenalan sejak pelakon wanita itu menjadi tetamu program “The Seasons” di mana lelaki tersebut merupakan hosnya.

Pelakon lain ialah Gong Hyo-jin di mana dia sudah berkahwin dengan penyanyi Kevin Oh, yang 10 tahun lebih muda darinya. Mereka mengadakan majlis perkahwinan tertutup di New York, Amerika Syarikat pada Oktober 2022.

Han Ye-seul juga turut berbahagia kini selepas melangsungkan perkahwinan bersama lelaki bukan selebriti yang lebih muda 10 tahun pada Mei lalu. Sebelum ini, mereka menjalinkan hubungan cinta selama 3 tahun dan tak segan berkongsi update bersama buat tatapan umum.

kim woobin shin minah

Berkenalan sejak berlakon “The Glory”, Im Ji-yeon kelihatan bahagia selepas mengumumkan hubungan cinta bersama kekasih, Lee Do-hyun yang lebih muda 5 tahun darinya kepada umum.

Pasangan yang popular dalam kalangan peminat K-Drama ialah Shin Min-ah dan Kim Woo-bin di mana mereka sudah bercinta selama 10 tahun kini di mana pelakon wanita itu tua lima tahun berbanding kekasihnya.

Korang paling suka pasangan yang mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Wikitree

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...