Nampaknya lima pelakon di bawah naungan King Kong by Starship iaitu Lee Dong-wook, Yoo Yeon-sok, Song Seung-heon, Lee Kwang-soo dan Kim Bum bakal menemui peminat menerusi sebuah perjumpaan peminat istimewa dengan kerjasama aplikasi TikTok.
Pada 14 Ogos ini jam 8 malam, kesmua pelakon ini akan mengadakan perjumpaan peminat secara global menerusi TikTok. Acara istimewa ini dilakukan untuk peminat domestik dan juga luar negara. Sukar untuk berkomunikasi ketika pandemik COVID-19 yang masih lagi membimbangkan, tapi kami berharap peluang ini akan menggembirakan penonton.
Dengan nama “TikTok Satge with Men and Mission”, perjumpaan peminat ini akan merangkumi segmen komunikasi secara dua hala di mana para pelakon akan cuba merealisasikan permintaan peminat apabila berjaya menyelesaikan misi. Ia adalah gandingan istimewa dengan persembahan istimewa.
Dikhabarkan juga, perjumpaan peminat istimewa itu bakal disertai oleh Jun So-min yang juga merupakan pelakon di bawah naungan King Kong by Starship. Ini merupakan kali pertama wanita itu pertama kali berinteraksi secara berdepan dengan pelakon lain di bawah agensi yang sama selepas menyertainya pada bulan Mei lepas.
Seperti yang semua ketahui, Jun So-min merupakan rakan baik kepada Lee Kwang-soo memandangkan mereka sama-sama muncul dalam rancangan popular “Running Man”. Sudah pastinya telatah kedua mereka akan menjadi perhatian ramai.
Bahkan ramai juga yang dah tak sabar nak tengok Jun So-min tak tentu arah apabila dikelilingi lima lelaki kacak ini nanti!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.