Ikuti Kami:

Jadi Suami Isteri, Park Heesoon & Kim Hyunjoo Sah Bintangi ‘Trolley’

Jadi Suami Isteri, Park Heesoon & Kim Hyunjoo Sah Bintangi ‘Trolley’

Park Hee-soon akan digandingkan bersama dengan Kim Hyun-joo dalam drama baharu!

Pada 12 April, Park Hee-soon dan Kim Hyun-joo telah disahkan akan membintangi drama baharu SBS “Trolley”.

Untuk pengetahuan, “Trolley” akan membawa kisah tentang isteri seorang ahli Dewan Negara yang menjalani kehidupan yang tenang sambil menyembunyikan masa lalunya. Dia berhadapan dengan dilema apabila rahsianya terbongkar kepada dunia.

Park Hee-soon akan memainkan watak sebagai Nam Jung-do, seorang ahli yang dilantik semula dalam Dewan Negara dan akan bertanding untuk penggal ketiga. Matlamatnya adalah untuk menjadikan dunia tempat yang lebih baik. Manakala Kim Hyun-joo akan memegang watak Hye-joo, isteri Nam Jung-do yang tidak pernah terdedah dengan dunia luar. Suatu hari, akibat kejadian yang tidak dijangka, masa lalu Hye-joo terbongkar, dan kehidupannya yang tenang, hancur berkecai.

sbs trolley

“Trolley” ditulis oleh Bori Ryu, yang juga merupakan penulis bagi drama “Do you like Brahms?”, akan disiarkan pada separuh kedua 2022 di SBS.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...