Ikuti Kami:

Jadi Suami Isteri, Kang Haneul & Jung Somin Sah Terajui Filem Komedi Romantik ’30 Days’

Jadi Suami Isteri, Kang Haneul & Jung Somin Sah Terajui Filem Komedi Romantik ’30 Days’

Siap sedia semua untuk saksikan gandingan Kang Ha-neul dan Jung So-min sebagai suami isteri!

Terbaru, foto Kang Ha-neul dan Jung So-min ketika sesi pembacaan skrip filem “30 Days” telah dilancarkan.

Untuk pengetahuan, kedua pelakon itu akan membawa watak suami isteri yang tidak bahagia dalam filem komedi romantik baru berjudul “30 Days”, yang mengikuti pasangan yang pernah menjalinkan cinta yang hangat, tetapi kini di ambang perceraian selepas pergaduhan yang berlaku.

Dalam filem ini, Kang Ha-neul akan membawa watak sebagai Noh Jung-chul, yang hilang ingatan dalam kemalangan 30 hari sebelum berakhirnya perkahwinannya yang telah dijadualkan. Manakala Jung So-min pula akan berperan sebagai isteri kepada Noh Jung-chul, Hong Na-ra.

jung somin kang haneul

Memulakan penggambaran pada 16 November lalu, Kang Ha-neul berkongsi perasaannya,

Saya sangat gembira dapat bekerjasama dengan pelakon Jung So-min sekali lagi dalam projek menyeronokkan yang penuh dengan daya tarikan. Saya juga sangat menantikan set penggambaran yang akan dipimpin oleh pengarah Nam Dae-joong. Saya akan melakukan yang terbaik untuk benar-benar menghidupkan watak saya.

Kemudian, Jung So-min turut berkata,

Saya rasa kita akan dapat menyaksikan kelahiran filem baharu dalam genre komedi romantik, jadi saya sangat teruja dan menantikannya. Saya bersyukur kerana dapat menjalin hubungan berharga dengan pelakon dan kakitangan yang hebat.

Sama-sama kita nantikan tayangan filem “30 Days”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...