Ikuti Kami:

Jadi Sebutan Kini, ‘A Business Proposal’ Akan Tayang Episod Ulasan Khas Oleh 4 Pelakon Utama

Jadi Sebutan Kini, ‘A Business Proposal’ Akan Tayang Episod Ulasan Khas Oleh 4 Pelakon Utama

Mesti ramai yang sedih kan “A Business Proposal” hanya ada 12 episod? Jangan risau, ada berita gembira buat korang!

Pada 17 Mac, SBS telah mengesahkan drama komedi romantik “A Business Proposal” akan menyiarkan episod sorotan istimewa, menampilkan ulasan yang dibuat oleh Kim Se-jeong, Ahn Hyo-seop, Kim Min-kyu dan Seol In-ah.

Episod ulasan khas bertajuk “Curious Business Proposal Story Y”, akan disiarkan pada 19 Mac jam 9 malam. Dalam episod itu, adegan-adegan yang menarik perhatian ramai, seperti ketika Kim Se-jeong dan Ahn Hyo-seop bertemu pertama kali melalui temu janji buta, serta adegan lain yang menyebabkan penonton meledak ketawa, akan dikumpulkan dalam satu episod berdurasi selama 70 minit.

Dengan episod istimewa termasuk babak dari episod 1 hingga episod 6, penonton yang tidak dapat menonton siaran sebelumnya akan dapat mengikuti perkembangan terkini dalam drama itu.

sbs a business proposal

Tambahan pula, pelakon utama drama itu Kim Se-jeong, Ahn Hyo-seop, Kim Min-kyu dan Seol In-ah akan menambah ulasan sepanjang siaran, meningkatkan lagi keterujaan. Peminat “A Business Proposal” akan dapat menyaksikan ‘chemistry’ yang tidak pernah dilihat sebelum ini di kalangan pelakon secara dekat.

Yay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...