Utama Drama Korea Vampire Dalam Dunia Manusia, ‘Bite Sisters’ Kumpul Hampir 7 Juta Tontonan Dalam...

Vampire Dalam Dunia Manusia, ‘Bite Sisters’ Kumpul Hampir 7 Juta Tontonan Dalam 6 Episod

bite sisters

Bukan sahaja di televisyen, namun Korea kini semakin hebat menghasilkan K-Drama menerusi web.

Sekarang kan merupakan dunia digital, jadinya semakin ramai yang lebih senang menggunakan platform yang mudah dicapai dengan internet dan telefon bimbit. Disebabkan itu, webdrama yang berdurasi pendek menjadi pilihan ramai, tambahan pula ianya tidak makan masa berbulan untuk menghabiskan tayangan.

Antara webdrama yang sedang popular kini ialah “Bite Sisters” di saluran YouTube ‘Put Your Handsome’. Diterajui oleh Kang Han-na, Kim Youngah, Choi Yoo-hwa dan Lee Shin-young, sebanyak 6 episod sudah dimasukkan ke saluran itu kini.

bite sisters

Nak tahu betapa popularnya “Bite Sisters”? Untuk 6 episod ini, ianya sudah pun mencapai 6,918,965 tontonan secara kumulatif. Wow!

Bahkan dua episod pertamanya mencapai tontonan lebih 2 juta sekaligus membuktikan bahawa ia merupakan webdrama pilihan ramai kini.

bite sisters

Untuk pengetahuan, “Bite Sisters” ialah drama berkisarkan Han Yi-na, seorang vampire berusia 821 tahun yang tidak boleh melihat ketidakadilan. Apabila dia tanpa sengaja menjadi influencer dengan trend baru dan meraih berjuta pengikut, Han Yi-na menggunakan kelebihan tersebut untuk membantu sesiapa yang dalam kesusahan.

Tinggal 4 episod sahaja lagi, jadi jangan lupa untuk layan “Bite Sisters” di ‘Put Your Handsome’ sekarang juga!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERYouTube
Loading...