Ikuti Kami:

Jadi Satu-Satunya Kumpulan Wanita Bawah HYBE Label, FROMIS_9 Luah Perasaan

Jadi Satu-Satunya Kumpulan Wanita Bawah HYBE Label, FROMIS_9 Luah Perasaan

FROMIS_9 kini kembali dengan mini album baharu!

FROMIS_9 baru-baru ini membuat kemunculan semula dengan mini album keempat bertajuk “Midnight Guest”, dan lagu tajuk “DM”. Mereka telah mengadakan pameran untuk kemunculan semula mereka, di mana mereka mempersembahkan lagu baharu mereka buat kali pertama dan juga berborak tentang pelbagai perkara.

Bercakap tentang agensi baharu mereka Pledis Entertainment, dan syarikat induk HYBE Label, FROMIS_9 kini merupakan satu-satunya kumpulan wanita di bawah HYBE Label. Ketua kumpulan itu Sae-rom, bercakap tentang tekanan yang mereka rasa kerananya.

Ia mungkin kelihatan seperti beban untuk berada di bawah sebuah syarikat yang terkenal, tetapi ia juga merupakan tenaga penggerak yang membolehkan kami bekerja keras dan menunjukkan warna kami sendiri.

Ji-sun kemudiannya bercakap tentang hubungan kerja rapat mereka dengan Ketua Pegawai Eksekutif Pledis Entertainment Han Sung-soo, dan dia berkongsi rasa teruja dan motivasi mereka untuk bekerjasama semula untuk kemunculan semula ini. Katanya,

Kami telah bekerjasama dengan PD Han Sung-soo sejak debut, dan kami bekerjasama lagi kali ini. Selepas mempromosikan “Talk and Talk”, kami menerima sambutan yang positif, jadi ahli lebih bermotivasi semasa kami membuat persediaan untuk comeback kali ini.

Jom dengar lagu baharu FROMIS_9 “DM”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...