Sekian lama perbicaraan berlangsung, khabarnya pihak mahkamah sudah pun menetapkan hukuman penjara selama 3 tahun buat Seung-ri BIGBANG.
Sejak kes ‘Burning Sun’ mula dilapor media sejak 2019, lelaki itu berterusan keluar masuk mahkamah sehingga kini. Dia didakwa atas beberapa pertuduhan seperti perolehan dan pengantaraan pelacuran, menggelapkan dana bisnes dan pendapatan, merosakkan bukti, menyebarkan video yang dirakan secara haram, perjudian haram dan pelanggaran akta sanitasi makanan. Meskipun dinafikan, pertuduhan ini telah dibawa kepada pihak pendakwa raya.Pada 12 Ogos 2021, dia telah dibawa di bawah penjagaan perundangan selepas dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun dan saman sebanyak 1.1 bilion (RM4 juta) atas kesalahan menjadi pengantara pelacuran.
Nantikan kemas kini lanjut mengenai kes ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.