Ikuti Kami:

Jadi Pendakwa Raya Menganggur & Penyibuk, Lee Kwangsoo Dilamar Berlakon Drama Aksi Fantasi ‘Hero’

Jadi Pendakwa Raya Menganggur & Penyibuk, Lee Kwangsoo Dilamar Berlakon Drama Aksi Fantasi ‘Hero’

Selepas dua tahun tidak menghiasi kaca televisyen, Lee Kwang-soo dikhabarkan bakal menerajui sebuah drama bertajuk “Hero”.

Dikhabarkan Lee Kwang-soo akan membawa watak Oh Gyu-tae iaitu seorang pendakwa raya yang menganggur kini. Secara lahiriahnya, dia mempunyai personaliti yang tidak boleh melihat ketidakadilan kerana dia yang sangat mengambil tahu mengenai perihal orang lain selain mempunyai perasaan was-was yang kuat. Dia juga merupakan seorang yang atletik dan belajar tinju sebagai hobi sejak kecil lagi.

Katanya, ini adalah kali pertama Lee Kwang-soo akan membuang imej kelakarnya dan membawa karakter yang mempunyai sifat was-was yang tinggi. Dengan dilengkapi aksi fantasi, ramai yang menantikan spektrum baru lakonan lelaki itu.

lee kwangsoo

Dalam era dunia kini di mana sukar untuk mengenal pasti yang mana satu hero dan juga penjahat, ‘Dilahirkan untuk menyibuk’ meraih kemampuan istimewa dan menjadi hero secara global. Bermakna hero kemanusiaan melodrama dengan aksi fantasi yang berlawan secara menyeronokkan dan menhadi hero sebenar kepada semua.

Bestnya kalau Lee Kwang-ss jadi “Hero” ini kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...