Ikuti Kami:

Jadi Pendakwa Raya, D.O. EXO Sah Terajui ‘True Swordsmanship’

Jadi Pendakwa Raya, D.O. EXO Sah Terajui ‘True Swordsmanship’

Siapa yang rindukan lakonan D.O. EXO? Haa D.O. akan kembali dengan drama baharu tak lama lagi!

Pada 4 April, seorang pegawai dari drama KBS “True Swordsmanship” mendedahkan bahawa ahli EXO D.O. telah disahkan membawa watak sebagai pendakwa raya bernama Jin-jung. “True Swordsmanship” menggambarkan kisah Jin-jung, seorang pendakwa yang menghukum orang yang korup dan tamak dengan cara yang menyegarkan dan mendebarkan, yang akan membolehkan penonton melarikan diri seketika daripada realiti.

Selain itu, Jin-jung digambarkan sebagai seorang lelaki yang menarik, yang juga ‘gila’ dan berkemungkinan kekal dalam buku sejarah pendakwa raya. Namun, Jin-jung mempunyai rasa keadilan yang mendalam dan berdiri di pihak yang lemah untuk melawan individu jahat di dunia. Dia juga mempunyai prinsip keadilan ‘mata ganti mata’ untuk membayar mereka sepuluh kali ganda.

d.o. true swordsmanship

Menurut pihat kru produksi,

‘True Swordsmanship’ ialah drama yang akan membawa anda kegembiraan dan keseronokan dengan pendakwa raya yang gila dan memberontak yang membalas orang jahat dengan cara yang paling menyegarkan yang tidak pernah dirasakan sebelum ini. Sila nantikan ‘True Swordsmanship’ yang akan melegakan anda tentang realiti yang mengecewakan, serta transformasi lakonan D.O.

Drama “True Swordsmanship” telah dijadualkan untuk tayangan pada tahun ini. Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...