Ikuti Kami:

Jadi Pasangan Berkahwin, Lee Jiah & Lee Sangyoon Sah Terajui ‘Lady’

Jadi Pasangan Berkahwin, Lee Jiah & Lee Sangyoon Sah Terajui ‘Lady’

Okay tak kalau Lee Ji-ah dan Lee Sang-yoon membawa watak sebagai suami dan isteri dalam sebuah drama baru?

Terbaru, kedua mereka dan beberapa pelakon lain telah disahkan bakal menerajui sebuah drama tvN bertajuk “Lady”.

Ia membawa kisah kelangsung hidup bengis seorang wanita yang perlu merebut posisi wanita pertama bagi melindungi keluarga tercinta. Wanita itu turut bersemuka dengan masa lampau yang dilupakannya, satu pembalasan dendam untuk menghukum manusia yang mengawal dan merosakkan takdirnya.

Lee Ji-ah membawa watak Hong Tae-ra yang menjalani laluan hidup sebagai calon wanita pertama selepas suaminya bertanding sebagai presiden. Dia tidak mempunyai kekesalan mengenai harta dan nama, kasih sayang suami dan anak perempuan yang cantik tetapi dia langsung tidak mempunyai ingatan tentang masa lalu. Memori yang tiba-tiba hadir itu meretakkan hidup yang sepatutnya sempurna lantas mencampaknya ke lembah tiada perhentian.

lee jiah lee sangyoon

Lee Sang-yoon melakonkan watak Pyo Jae-hyun, suami Hong Tae-ra dan seorang pemaju dengan pandangan celik. Dek kepimpinan lembut dan personaliti baik, dia merupakan antara usahawan yang disukai oleh generasi MZ. Dia mempunyai kuasa untuk dikenali sebagai teknologi baru dalam industri saraf bijak dan menerima panggilan hebat dari dunia politik untuk menjadi presiden baru.

Untuk watak Go Hae-soo, Jang Hee-jin bertanggungjawab menghidupkan karakter sebagai seorang pembaca berita utama dan dianggap sebagai ikon pada masa kini, Lahir di atas wang, dia merupakan menantu kedua Kumpulan Geumjo. Wanita itu mempunyai luka lampau yang masih belum sembuh dan sentiasa mengejar kebenaran yang tidak diketahui.

Park Ki-woong pula membawa watak Jang Do-jin, seorang yang suka bersaing dan bertaruh pada setiap masa. Juga merupakan orang kaya, dia ialah suami kepada Go Hae-soo dan wakil pengurusan untuk Haechi, sebuah syarikat IT. Lelaki itu turut berkawan baik dengan Jae-hyun yang sentiasa mencabar semangat persaingan sejak kolej dan mengalami kekalahan yang menyakitkan buat pertama kali dalam hidupnya.

park kiwoong

Manakala Bong Tae-hyu akan menjayakan watak Goo Sung-chan, si skema yang penuh dengan keinginan untuk menggodam selain merupakan pengarah penyelidikan di Haechi. Dia, Jae-hyun dan Do-jin merupakan sahabat baik sejak dahulu lagi.

Khabarnya, “Lady” sudah pun memulakan penggambaran dan akan menemui penonton di tvN pada awal 2023 nanti.

Tunggu tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...