Utama Drama Korea Jadi Idola Sudah Bersara, Suzy Dilamar Terajui Siri Netflix ‘The Girl Downstairs’

Jadi Idola Sudah Bersara, Suzy Dilamar Terajui Siri Netflix ‘The Girl Downstairs’

suzy

Adakah Suzy akan kembali dengan drama baru tak lama lagi?

Menurut laporan berita, wanita itu bakal menerajui drama adaptasi webtoon ‘Lee Duna!’ nanti.

Lapor agensinya,

Suzy sedang meneliti tawaran siri Netflix ‘The Girl Downstairs’.

suzy

Adaptasi daripada webtoon popular ‘Lee Duna!’ yang disirikan pada 2019, ia membawa kisah Lee Doo-na yang sudah bersara sebagai idola dan Lee Won-jun, seorang pelajar kolej yang tinggal sebumbung.

Dek sambutan baik daripada orang ramai, musim ketiga webtoon tersebut sedang dalam terbitan.

Dalam pada itu, Suzy baru sahaja melancarkan single digital berjudul ‘Satellite’ pada Februari lepas.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNewsen
Loading...