Ikuti Kami:

Jadi Hero Kedua, Semua Terkena ‘Second-Lead Syndrome’ & Risau Kesudahan Kim Seonho Dalam ‘Start-Up’

Jadi Hero Kedua, Semua Terkena ‘Second-Lead Syndrome’ & Risau Kesudahan Kim Seonho Dalam ‘Start-Up’

Kim Seon-ho dalam diam sebenarnya mempunyai ramai peminat tahu. Walaupun lebih banyak membawa watak hero kedua, namun itu tidak menghalang ramai orang daripada jatuh cinta dengan persona dan bakat lakonan yang ditonjolkan olehnya.

Terbaru, Kim Seon-ho berjaya merebut hati ramai orang menerusi lakonannya dalam “Start-Up”. Meskipun baru 4 episod ditayangkan, dengar kata ramai yang dah dapat merasakan bahawa mereka akan patah hati dengan kesudahan lelaki ini nanti.

Bagi yang tidak tahu, “Start-Up” merupakan sebuah drama yang berlatar belakangkan syarikat start-up di sebuah dunia fiksyen bernama ‘Sandbox’, inspirasi daripada ‘Sillicon Valley’ di Amerika Syarikat. Kim Seon-ho membawa watak Han Ji-pyung, seorang pengurus di sebuah syarikat hebat dan mula terlibat dengan Nam Do-san (Nam Joo-hyuk) dek surat yang dihantarnya atas nama lelaki itu kepada Seo Dal-mi (Suzy) semasa masih bersekolah lagi.

kim seonho start-up

Disebabkan oleh watak Han Jin-pyung yang kelakar dan menawan hati selain sentiasa baik dengan Seo Dal-mi walaupun tidak mengenalinya dengan rapat dahulu membuatkan ramai yang jatuh cinta dengannya.

Kalaulah dia tahu Jin-pyung yang tulis surat tu, adakah dia akan mendekati Jin-pyung?

 

Seon-ho dah patut jadi pelakon utama sekarang. Bukan setakat lakonan, senyuman pun ahhh!

 

Walaupun kepala saya pecah, saya tetap pilih Han Ji-pyung. Tolonglah penulis..

 

Saya dah dapat penyakit watak hero kedua..

 

Tolonglah beritahu Dal-mi bahawa dia yang tulis surat itu sebenarnya!

Ramai betul yang dah terperangkap dengan ‘second-lead syndrome’ dek watak Han Ji-pyung yang membuai perasaan dalam drama ini.

kim seonho start-up

Rasanya sepanjang kariernya sebagai pelakon (kecuali pelakon teater), Kim Seon-ho lebih dikenali kerana watak kedua penting. Antaranya dalam “100 Days My Prince”, “Two Cops”, “Strongest Deliverymen” dan banyak lagi. Manakala lelaki ini pernah berlakon watak utama beberapa kali dalam drama seperti “Catch The Ghost” dan “You Drive Me Crazy” yang ditayangkan sebelum ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...