Ikuti Kami:

Jadi Hantu, Jeon Somin Akan Buat Penampilan Istimewa Dalam ‘Delivery Man’

Jadi Hantu, Jeon Somin Akan Buat Penampilan Istimewa Dalam ‘Delivery Man’

Ada tak yang tengah layan drama “Delivery Man” sekarang?

Bagi yang belum tahu, ditayangkan di TVING dan ENA, “Delivery Man” adalah drama penyiasatan komedi, yang membawa kisah seorang pemandu teksi yang mengabulkan permintaan terakhir hantu.

Menarik perhatian, trailer untuk episod baru drama tersebut telah dilancarkan, menampilkan Jeon So-min yang akan membuat penampilan istimewa dalam episod malam ini.

Menerusi video yang dikongsi, Jeon So-min akan menjadi watak hantu, yang mempunyai permintaaan yang ingin dikabulkan. Tulis ahli “Running Man” itu di Instagram,

9 malam ini! Saya akan lalu sebentar~!! Bergembiralah, pengarah Kang Chul-woo! Mi-nah yang comel ❤️ Chan-young, sila tonton ‘Delivery Man’.

Jangan lupa tonton episod “Delivery Man” malam ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...