Ikuti Kami:

Jadi Drama Paling Trending Tapi Rating ‘Doom At Your Service’ Jatuh Dalam Lingkungan 2% Sahaja

Jadi Drama Paling Trending Tapi Rating ‘Doom At Your Service’ Jatuh Dalam Lingkungan 2% Sahaja

Disebabkan oleh promosi yang hebat, pastinya ramai yang menjangkakan bahawa drama “Doom At Your Service” akan menjadi sebutan ramai dan setanding dengan drama popular lain yang ditayangkan pada tahun ini.

Ia mengisahkan seorang wanita bernama Tak Dong-kyung (Park Bo-young) yang disahkan menghidap kanser otak. Tidak dapat menerima dugaan dan menyalahkan nasib malang hidupnya, Dong-kyung telah membuat permintaan agar dunia ini berakhir. Namun apa yang tidak disangka Myul-mang (Seo In-guk) yang mendakwa dirinya pengantara antara manusia dan Tuhan menawarkan untuk memenuhi permintaan wanita itu.

tvn doom at your service

Walaubagaimanapun, “Doom At Your Service” sepertinya gagal untuk meraih rating yang tinggi meskipun meraih rating tinggi semasa tayangan awalnya. Malah episod terbarunya yang ditayangkan kelmarin jatuh ke dalam rating 2% selepas berjaya bertahan dalam lingkungan 3% selama beberapa episod.

Walaupun catatan rating kurang memuaskan namun rata-rata penonton nampaknya seperti seronok menonton drama ini. Malah ia juga turut menduduki tempat pertama dalam ranking drama yang sedang trending kini selain kedua-dua pelakonnya iaitu Seo In-guk dan Park Bo-young turut menjadi pelakon yang disebut ramai.

Korang pula macam mana, okay tak drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...