Ikuti Kami:

Jadi Artis Penutup Pentas ‘Lazada Super Show’, Netizen Malaysia Puji Pakaian Sopan Apink!

Jadi Artis Penutup Pentas ‘Lazada Super Show’, Netizen Malaysia Puji Pakaian Sopan Apink!

Sempena sambutan 11.11 ini, banyak betul promosi yang dilakukan oleh jenama besar di Malaysia. Pun begitu, Lazada tampil dengan lebih bergaya bagi menyambut hari istimewa ini. Nak tahu kenapa? Mereka telah mengadakan satu konsert iaitu “Lazada Super Show” bagi memeriahkan lagi hari ini. Walaupun pernah dianjurkan pada tahun lepas, tapi tahun ini lebih best sebabnya mereka juga turut menjemput artis antarabangsa untuk datang buat persembahan!

Antara artis antarabangsa yang telah dijemput ialah Cinta Laura daripada Indonesia dan juga artis K-Pop terkenal iaitu APink! Tapi yang seronoknya kerana kumpulan daripada Korea tersebut telah dipilih sebagai artis penutup untuk konsert “Lazada Super Show” itu!

apink dipuji berpakaian sopan semasa lazada super show

Persembahan Apink yang sudah berkecimpung hampir 9 tahun dalam industri seni nyata profesional dan menghiburkan! Kumpulan wanita ini telah menyanyikan 3 lagu popular mereka iaitu “Mr. Chu”, “I’m So Sick”, dan “Luv”. Memang patut pun dipilih sebagai penutup kerana persembahan mereka berjaya menaikkan lagi mood penonton tak kiralah peminat mahupun penonton biasa.

apink dipuji berpakaian sopan semasa lazada super show

Walaubagaimanapun, rata-rata netizen turut memuji para gadis Apink kerana menghormati sensitiviti budaya di negara Malaysia. Ini kerana mereka semua telah tampil sopan dan tidak berpakaian seksi langsung sepanjang persembahan mereka pada malam kelmarin. Lihat sajalah seluar panjang putih yang dikenakan oleh mereka. Masih nampak cantik walaupun ditutup semuanya.

apink dipuji berpakaian sopan semasa lazada super show

apink dipuji berpakaian sopan semasa lazada super show

Apa-apa pun tahniah Apink kerana berjaya menghiburkan semua penonton “Lazada Super Show” malam tadi. Jangan lupa datang buat konsert pula kat Malaysia lepas ni!

Sumber: TV3Malaysia, Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...