Ikuti Kami:

Jadi Antagonis, Heo Sungtae Sah Sertai Kang Haneul & Lee Yooyoung Dalam Drama ‘Insider’

Jadi Antagonis, Heo Sungtae Sah Sertai Kang Haneul & Lee Yooyoung Dalam Drama ‘Insider’

Selepas “Squid Game”, Heo Sung-tae disahkan bakal membuat kemunculan dalam drama terbaru JTBC bertajuk “Insider”.

Jawab respon agensinya,

Heo Sung-tae akan membawa watak Yoon Byung-wook dalam drama ‘Insider’.

“Insider” ialah drama aksi saspens mengenai pelatih perundangan yang hidupnya musnah dalam sekelip mata semasa melakukan penyamaran untuk menyiasat pendakwara raya menerima rasuah. Semasa di dalam penjara, dia mula merencana plot untuk memblas dendam kerana pengkhianatan yang dilaluinya.

heo sungtae

Heo Sung-tae pula bakal menjayakan watak Yoon Byung-wook, satu karakter unik dengan watak keduaan yang mengejutkan. Seorang yang sering berseorangan dan susah melihat ke dalam mata orang lain, Yoon Byung-wook kelihatan naif pada luaran namun dia merupakan satu figura yang kuat dan tidak akan berhenti bagi mencapai apa yang dimahukan.

Kang Ha-neul pula sah membawa watak Kim Yo-han, seorang pelatih perundangan manakala Lee Yoo-young akan melakonkan watak Oh Soo-yeon yang menawarkan tawaran menarik buat lelaki itu.

Khabarnya “Insider” akan ditayangkan pada tahun ini.

Best kan plotnya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...