Ikuti Kami:

“IU Terlalu..” – Meski Popular, ‘When Life Gives You Tangerines’ Dikritik Bosan Dek Hal Ini

“IU Terlalu..” – Meski Popular, ‘When Life Gives You Tangerines’ Dikritik Bosan Dek Hal Ini

Baru sahaja bersiaran, namun sudah banyak pendapat yang dilemparkan mengenai drama “When Life Gives You Tangerines”.

Terbaru, seorang individu di laman komuniti Korea mempersoalkan pemilihan teraju utama iaitu IU dan Park Bo-gum. Katanya, mereka terlalu dikenali lantas sukar untuk membayangkan watak mereka yang hidup susah di era lama sebagai watak Ae-sun dan Gwan-sik.

Park Bo-gum dan IU adalah selebriti dengan identiti yang terlalu kuat sehingga saya tidak dapat melihat Gwan-sik dan Ae-soon dalam mereka. Saya hanya nampak Park Bo-gum dan IU. Mereka juga sudah di pertengahan usia 30-an, jadi mereka kelihatan sedikit tua memakai pakaian seragam sekolah. Seperti komen-komen lain, watak mereka akan lebih sesuai jika diberikan kepada pelakon muda yang sedang meningkat naik dan berusia pertengahan 20-an.
when life gives you tangerine

Komen yang lain,

  • Drama ini sedikit membosankan.
  • IU sejak ‘Hotel Del Luna’, dan tak ada drama yang best.
  • Memang boring, ‘Our Blues’ lagi best.
  • Saya tak rasa IU pandai berlakon.
  • IU terlalu kelihatan seperti IU.

Berlatar belakangkan keindahan Jeju bermula pada tahun 1960-an, ia mengikuti kisah Ae-sun (IU), seorang wanita muda yang tegas yang bercita-cita menjadi penyair, serta Gwan-sik (Park Bo-gum), seorang lelaki pendiam yang dikenali dek kesetiaannya yang tak tergoyah.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Nate Pann

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...