Ikuti Kami:

IU Bakal Tampil Dengan Lagu ‘Strawbery Moon’ Buat Pertama Kali Di ‘Melon Music Awards’

IU Bakal Tampil Dengan Lagu ‘Strawbery Moon’ Buat Pertama Kali Di ‘Melon Music Awards’

IU akan membuat persembahan di ‘Melon Music Awards (MMA)’ buat kali pertama dalam tempoh empat tahun!

Pada 2017, IU telah memenangi anugerah album terbaik, penulis lagu terbaik dan 10 artis terbaik di ‘2017 Melon Music Awards’ selepas mengeluarkan single “Palette” dan “A Flower Bookmark 2” pada tahun yang sama.

IU juga telah menyentuh hati peminat melalui persembahannya “Dear Name” dengan koir yang terdiri daripada kira-kira 60 orang yang bercita-cita menjadi pemuzik. Untuk MMA tahun ini, IU akan memberikan persembahan dengan tema “pintu yang menghubungkan antara umur penghujung 20-an dengan permulaan 30-an”.

Dia akan mempersembahkan lagu baharunya “Strawberry Moon” buat kali pertama menerusi versi band lapan ahli secara langsung. Sumber dari Melon mengulas,

Keseluruhan cerita akan sesuai dengan kisah artis IU, jadi ia akan terasa seolah-olah anda telah datang ke konsert IU.

IU dear name 2017 MMA

Jangan lupa saksikan ‘Melon Music Awards’ 4 Disember ini jam 5 petang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...