Ikuti Kami:

ITZY Kini Telah Menjual Satu Juta Album Terkumpul Secara Rasmi

ITZY Kini Telah Menjual Satu Juta Album Terkumpul Secara Rasmi

ITZY yang baru sahaja mengeluarkan album studio penuh pertama mereka “Crazy In Love” baru-baru ini, kini telah berjaya menjual satu juta album terkumpul keseluruhan secara rasmi.

Pada 7 Oktober 2021, ITZY secara rasmi telah melepasi 1,200,000 salinan dalam penjualan album kumulatif berdasarkan kemas kini mingguan Gaon, dengan album debut kumpulan itu “IT’z ICY”, melebihi 180,000 salinan dan album penuh terbaru mereka “Crazy In Love” melebihi 335,000 salinan terjual.

ITZY kini telah sertai GIRLS’ GENERATION, TWICE, RED VELVET, IZ*ONE, BLACKPINK dan MAMAMOO sebagai kumpulan perempuan yang telah berjaya menjual lebih 1 juta album secara terkumpul.

‘MIDZY’, iaitu nama kelab peminat kumpulan ITZY amat gembira dengan pencapaian ini dan meraikannya dengan tagline “ITZY MILLION SELLERS”, yang kini trending di Twitter dengan ratusan ribu tweet.

Tahniah ITZY!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...