Ikuti Kami:

ITZY Akan Berkolaborasi Dengan Jenama Pakaian H&M

ITZY Akan Berkolaborasi Dengan Jenama Pakaian H&M

Nampaknya, peminat ITZY akan serbu kedai pakaian H&M tak lama lagi!

H&M akan mengeluarkan koleksi kerjasama dengan ITZY melalui kedai H&M DIVIDED mereka dan juga kedai dalam talian rasmi H&M di Jepun pada 24 Mac. Ia juga boleh didapati di Taiwan dan Korea.

Koleksi ITZY bersama H&M akan terbahagi kepada dua tema iaitu ‘Dance Practice look’ dan ‘Off Day look’. Kerjasama itu mengambil kira dualiti kehidupan ITZY dan menawarkan dua tema, satu dengan pakaian bersaiz besar dan gaya ‘cool’, serta satu lagi dengan pakaian feminin untuk kehidupan seharian.

itzy h&m

Tambahan, koleksi kolaborasi H&M dan ITZY masih belum disahkan sama ada ia akan dipasarkan di Malaysia ataupun tidak, namun peminat berharap agar ia akan tersedia di pasaran antarabangsa.

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...