Ikuti Kami:

“Itu Usaha Saya Untuk..” – Taecyeon 2PM Akui Gembira Muncul Dalam Drama Cinta Sesama Jantina

“Itu Usaha Saya Untuk..” – Taecyeon 2PM Akui Gembira Muncul Dalam Drama Cinta Sesama Jantina

Sudah lama ceburi bidang lakonan, Taec-yeon 2PM pastinya ingin mencabar dirinya untuk memainkan pelbagai watak.

Terbaru, Taec-yeon telah mengesahkan penampilannya dalam siri Netflix baru berjudul “Soul Mate” bergandingan dengan pelakon Jepun Hayato Isomura.

Untuk pengetahuan, drama ini mengisahkan tentang ‘bromance’ antara seorang lelaki Jepun, Ryu, dan peninju Korea, Jo-han, yang menjadi lebih rapat apabila mereka menyembuhkan luka satu sama lain.

Dalam satu temu bual, Taec-yeon meluahkan perasaannya kali pertama muncul dalam drama LGTBQ+ buat kali pertama dalam naskhah tersebut. Luahnya,

Saya sangat gembira dapat muncul dalam ‘Soul Mate’. Terdapat begitu banyak jenis watak dan genre yang belum saya cuba jadi, saya ingin meluaskan spektrum saya secara beransur-ansur sebagai pelakon dan menemui sisi baru diri saya.

Sambungnya lagi dengan meluahkan kesungguhannya untuk memainkan watak Hwang Jo-han dalam drama itu,

Semasa penggambaran, saya tetap meneruskan latihan tinju dan diet. Begitulah usaha saya untuk membawakan watak itu dengan penuh keikhlasan. Saya harap orang ramai akan menantikannya.

Nantikan “Soul Mate” akan menemui penonton pada 2025 nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Boys Love Hub

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...