“Itu Rancangan Saya” – Heechul SUPER JUNIOR Akan Berkahwin Awal Tahun Depan?

heechul super junior kahwin

Hee-chul SUPER JUNIOR telah membuat suatu kenyataan yang mana telah mengejutkan ramai peminat!

Pada episod terbaru SBS “My Little Old Boy”, ahli SUPER JUNIOR Hee-chul, telah mendedahkan rancangan perkahwinannya. Dalam episod yang disiarkan pada 23 Januari, semua ahli “My Little Old Boy” berkumpul untuk menyambut tahun baru 2022.

Dalam episod itu, pelawak Kim Joon-ho menjelaskan,

Saya mendapat kebenaran bahawa kami boleh terus muncul di ‘My Little Old Boy’, walaupun kami mempunyai teman wanita atau walaupun kami sudah berkahwin.

Kemudian Tak Jae-hoon bergurau,

Kalau begitu kita harus mendedahkan semua teman wanita kita sekarang.

heechul super junior kahwin

Hee-chul sambil berjenaka menambah,

Kalau begitu kita semua harus membawa mereka ke sini minggu depan. Kita akan mengadakan acara perjumpaan dengan semua pasangan kita.

Hee-chul, yang akan memasuki umur akhir 30-annya pada tahun ini, secara tiba-tiba mengeluarkan suatu kenyataan yang mengejutkan peminat dan juga ahli program itu. Katanya,

Selepas COVID berakhir tahun ini, saya akan menjemput awak semua ke majlis perkahwinan saya pada awal tahun depan.

Ahli “My Little Old Boy” yang terkejut, terus bertanya,

Bagaimana mungkin? Adakah awak benar-benar akan berkahwin tahun depan?

Hee-chul kemudiannya menjawab,

Itu rancangan saya.

Sementara itu, rancangan hiburan SBS “My Little Old Boy” ialah program yang memaparkan ulasan daripada ibu selebriti, ketika mereka menonton rakaman aktiviti harian anak lelaki atau perempuan mereka. Ia disiarkan setiap hari Ahad jam 9:05 malam.

heechul super junior

Kalau betul, semua orang mesti akan gembira untuk Hee-chul!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply