Ikuti Kami:

“Itu Masalah Kronik” – Jang Wooyoung 2PM Kongsi Pandangan Mengenai Kualiti Nyanyian J.Y. Park

“Itu Masalah Kronik” – Jang Wooyoung 2PM Kongsi Pandangan Mengenai Kualiti Nyanyian J.Y. Park

Jang Woo-young komen mengenai J.Y. Park? Kenapa ya…

Dalam satu episod rancangan hiburan, “Beat Coin” yang akan datang, bakal menampilkan Xiumin EXO, Baek-ho NU’EST dan juga model Jung Hyuk yang bakal tapil sebagai tetamu.

Dalam episod akan datang, Jo Se-ho sempat menyoal Xiumin dan Jang Woo-young mengenai perbezaan dalam cara nyanyian berbanding penyanyi daripada SM Entertainment dan juga penyanyi daripada JYP Entertainment. Melihat kepada pertanyaan itu, Jang Woo-young berkata,

Ianya sangat berbeza. Ketua dan penerbit JYP, J.Y. Park juga pernah mengeluarkan konsep, ‘half air, half sound’. 

jang wooyoungLalu, Hong Jin-kyung sempat mencelah dan bertanya kepada Jang Woo-young,

J.Y Park rasa dia seorang penyanyi yang hebat kan?

Jang Woo-young menjawab,

Itu adalah masalah kronik syarikat ini buat masa ini. Bahagian produksi, jangan edit bahagian ini ya…

jang wooyoungXiumin kemudian menjelaskan kriteria bagi cara nyanyian bagi penyanyi dari mengikut panduan dari penerbit SM Entertainment sendiri, Yoo Young-jin.

Hong Jin-kyung juga berkata,

Yoo Young-jin juga tak menyanyi dah kan? Dia sebenarnya boleh menyanyi dengan baik. Adakah dia masih di SM Entertainment?

Xiumin berkata bahawa Yoo Young-jin menyanyi dengan baik dan penerbit itu kini sedang mengusahakan album solonya. wooyoungJo Se-ho juga sempat bertanya kepada Xiumin kenapa dia memilih SM Entertainment. Malah, mereka juga agak terkejut dengan jawapan yang diberi.

Saya menjadi trainee ketika berumur pada 19 tahun. Saya pada asalnya sudah membuat persiapan untuk ke kolej bagi pendidikan kesihatan fizikal dan saya mahu jadi pengawal peribadi. Saya mahir dalam Taekwondo dan kini di tahap 1 Kendo.

Nasib Xiumin nyanyi sedap…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...