Ikuti Kami:

“Itu Maknanya Saya Popular..” – Terima Komen Jahat, Nayeon TWICE Akui Tak Peduli

“Itu Maknanya Saya Popular..” – Terima Komen Jahat, Nayeon TWICE Akui Tak Peduli

Menjadi seorang idola K-Pop pastinya tidak akan dapat lari dari pelbagai tanggapan dari netizen.

Pada 2 September, Na-yeon dan Chae-young TWICE telah tampil dalam saluran YouTube Lee Young-ji. Dalam siaran tersebut, mereka berborak santai sambil minum bersama.

Ketika sedang berbual, Lee Young-ji meluahkan rasa risaunya untuk berhadapan dengan tanggapan tidak benar, yang ditulis orang tentangnya. Luahnya,

Sudah lama saya memasuki industri ini, dan kadang-kadang saya tertanya sama ada saya ‘ok’ dari sudut pandangan orang ramai. Seperti yang awak tahu, orang membuat begitu banyak andaian yang tidak masuk akal tentang kita. Saya tidak pasti sama ada saya boleh menghadapi semua itu.

nayeon lee youngji

Kemudian, Na-yeon yang mendengar luahan Lee Young-ji memberi respon,

Saya juga mendapat banyak perkara itu sejak saya debut. Pada mulanya, saya ingin memberitahu dunia bahawa ia tidak benar, dan saya tidak boleh berhenti memikirkannya. Tetapi tidak ada gunanya perkara itu.

Jelasnya lagi,

Mereka memerlukan banyak masa dan usaha untuk membuat video yang disunting secara berniat jahat itu, dan saya percaya itu hanya mengingatkan betapa popularnya saya. Jadi, saya tidak terluka oleh mereka.

nayeon chaeyoung

Selain itu, Na-yeon turut mengulas mengenai komen jahat yang sering ditinggalkan di bawah video yang melibatkan dirinya,

Di bawah video yang disunting secara berniat jahat itu, terdapat banyak komen kebencian. Komen itu semua sangat pelik, mereka semua bersetuju dengan komen masing-masing dan tidak berhenti membenci kami. Saya menyedari bahawa terdapat ramai orang yang pelik di dunia ini.

Tonton video penuh Na-yeon dan Chae-young dalam saluran YouTube Lee Young-ji di atas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...