Ikuti Kami:

‘Itaewon Class’ Diadaptasi Di Jepun, ‘Roppongi Class’ Bakal Diterajui Pelakon Popular

‘Itaewon Class’ Diadaptasi Di Jepun, ‘Roppongi Class’ Bakal Diterajui Pelakon Popular

Siapa yang meminati drama Korea dan Jepun, pastinya akan gembira dengan berita ini.

Terbaru, JTBC Studio mengumumkan bahawa produksi penghasilan semula “Itaewon Class” versi Jepun sudah pun disahkan dengan Kakao Entertainment dan stesen penyiaran Utama Jepun. Oleh itu, JTBC Studio, Kakao Entertainment dan anak syarikatnya, Cross Picture akan berkolaborasi untuk menyediakan sokongan berdasarkan naskhah asalnya.

Berdasarkan webtoon asalnya, “Itaewon Class” membawa kisah sekumpulan anak muda yang melawan norma masyarakat bagi membina restoran sendiri meskipun tekanan daripada kuasa gergasi.

jtbc itaewon class

Diterajui oleh Park Seo-joon, Kim Da-mi dan Kwon Na-ra, ia bersiaran pada 2020 di JTBC dan berjaya mencatatkan rekod baik sebanyak 16.5% semasa tayangannya. Malah gaya rambut unik Park Saeroyi (Park Seo-joon), dialog popular dan runut bunyi yang dinyanyikan oleh Gaho iaitu ‘Start’ turut tular pada ketika itu.

Drama adaptasi Jepun ini akan mempunyai 13 episod dan khabarnya, mereka telah mengambil pelakon popular untuk menerajuinya. Dalam pada itu, ia mungkin akan menemui penonton pada musim panas ini.

roppongi class

Ramai yang menantikan bagaimana produksi Jepun bakal memberikan nafas baru kepada “Itaewon Class” sebagai “Roppongi Class”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...