Ikuti Kami:

Isu Putar Belit Sejarah ‘Snowdrop’ Terus Disebut, JTBC Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Isu Putar Belit Sejarah ‘Snowdrop’ Terus Disebut, JTBC Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Selepas terus menjadi sebutan di laman komuniti kerana dakwaan putar belit sejarah, JTBC telah mengumumkan langkah drastik yang akan diambil mereka.

Dalam sebuah kenyataan rasmi buat setiap komuniti itu, saluran berkenaan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya drama berkenaan terjejas kerana informasi palsu dan dibuat-buat.

Kami cuba membalas dengan tegas kerana ingin melindungi pencipta, penyiaran dan hak kandungan daripada terjejas dek penyebaran informasi palsu mengenai ‘Snowdrop’.

Kebebasan untuk mencipta serta kebebasan kandungan penyusunan produksi merupakan nilai utama yang disokong kami. Kami juga menghormato hak pengguna seperti kritikan yang masuk akal selain tafsiran kandungan kami. Pun begitu, informasi palsu dan kritikan tak berasas yang bukanlah kandungan sebenar ‘Snowdrop’ terus tersebar dan disebut berulang kali di merata tempat. Dari awal produksi, sinopsis telah dibocorkan dan tafsiran buruk mengenai plotnya telah disebarkan. Hingga kini, masih ramai yang memberikan pendapat tidak betul dan menyatakan fakta salah seperti suatu kebenaran.

jtbc snowdrop

Dalam pada itu, JTBC turut bertegas supaya tidak menyerang kru produksi dan pelakon “Snowdrop” secara peribadi.

Selepas perkongsian JTBC ini, kebanyakan netizen mempersoalkan saluran itu yang seperti menyekat kebebasan penonton untuk bersuara.

Bukan itu sahaja, ada yang meluahkan kerisauan sekiranya ketegasan JTBC ini mungkin akan memberi kesan kepada naskhah lain yang ditayangkan di bawahnya jikalau ada yang memilih untuk memboikot saluran berkenaan.

Harap semuanya selesai dengan baik.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...