Ikuti Kami:

Isu Guna Dadah Masih Belum Selesai, Doktor Dedah Yoo Ahin Ingin Ambil Nyawa Sendiri

Isu Guna Dadah Masih Belum Selesai, Doktor Dedah Yoo Ahin Ingin Ambil Nyawa Sendiri

Pada 14 Mei, Yoo Ah-in telah hadir ke mahkamah untuk perbicaraan kelimanya atas dakwaan menggunakan dadah jenis propofol, preskripsi haram, pembelian pil tidur di bawah nama orang lain, menghisap ganja dan cuba membuang bukti.

Semasa sesi prosiding, salah seorang doktor yang memberi preskripsi ubat kepada pelakon itu mendedahkan bahawa keadaan mental Yoo Ah-in sangat teruk kini dan dia juga ada berfikir untuk mengambil nyawa sendiri.

Dia hilang banyak berat badan. Fikiran untuk membunuh diri juga telah meningkat. Dia juga sering mempunyai perasaan gelisah, cemas, tidak dapat menumpukan perhatian dan terganggu.

Sambung doktor itu lagi,

Dia sering berkata bahawa dia ingin lari dari set penggambaran drama. Dia juga sudah lama memikirkan tentang kematian.

yoo ahin

Bagi yang belum tahu, Yoo Ah-in telah berdepan dakwaan menggunakan propofol sebanyak 181 kali antara September 2020 dan Mac 2021, serta secara haram mendapatkan lebih 1,100 pil tidur atas nama orang lain pada Mei 2021 hingga Ogos 2021.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...