Ikuti Kami:

Isu Guna Barang Berjenama Palsu, ‘Knowing Brother’ Bakal Sunting Babak FreeZia Sebanyak Mungkin

Isu Guna Barang Berjenama Palsu, ‘Knowing Brother’ Bakal Sunting Babak FreeZia Sebanyak Mungkin

Beberapa hari ini, hampir saban hari nama FreeZia atau Song Ji-a memenuhi ranking berita ‘hot’ di portal berita.

Ini berikutan, wanita itu yang ditangkap menggunakan pelbagai barangan berjenama palsu namun mempromosikannya seperti barangan tulen. Walaupun sudah memohon maaf, namun semakin banyak bukti barangan miliknya ialah palsu didedahkan.

Oleh sebab itu, FreeZia terus dikritik ramai dan kemunculannya di dalam program “Point Of Omniscient Interference” telah dibatalkan.

kontroversi freezia

Terbaru, pihak “Knowing Brothers” juga mengumumkan bahawa mereka akan menyunting babak melibatkan personaliti media sosial itu sebanyak mungkin.

Siaran melibatkan FreeZia agak sukar disunting memandangkan terdapat perbualan bersama tetamu lain, jadi kami akan cuba menyunting semampu mungkin.

Dalam pada itu, episod berkenaan turut menampilkan penyanyi rap Lee Young-ji dan pelakon Kang Ye-won.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...