Ikuti Kami:

Isu Demi Isu, Episod Pertama Drama Lakonan Seo Yeji ‘Eve’ Ditunda & Tiada Sidang Media Diadakan

Isu Demi Isu, Episod Pertama Drama Lakonan Seo Yeji ‘Eve’ Ditunda & Tiada Sidang Media Diadakan

Pastinya ramai yang menantikan drama comeback Seo Ye-ji iaitu “Eve” kan?

Terbaru, tvN mengumumkan bahawa episod pertama drama itu akan ditangguh selama seminggu daripada tarikh asalnya.

Untuk meningkatkan kualiti drama Rabu-Khamis ‘Eve’, episod pertama akan disiarkan pada jam 10.30 p.m, 1 Jun iaitu seminggu lebih lewat dari pelan asal 25 Mei.

Tambahan pula, sidang media drama itu tidak akan berlangsung kerana penggambaran dan jadual kerja.

seo yeji eve

“Eve” ialah drama romantik thriller mengenai seorang wanita yang cuba membalas dendam dek kematian bapanya dan menceritakan saman penceraian golongan konglomerat yang bernilai 2 trilion won.

Terdahulu, Seo Ye-ji mendiamkan diri selama setahun selepas terpalit kontroversi berkaitan mengawal bekas kekasihnya, Kim Jung-hyun.

Disebabkan ini ialah projek pertamanya selepas isu berkenaan, ramai yang menantikan Seo Ye-ji muncul kembali di khalayak ramai.

Hmmm…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...