Akhirnya permintaan ahli “2 Days 1 Night” bakal menjadi kenyataan!
Sering disebut oleh suaminya Yeon Jung-hoon, Han Ga-in akhirnya disahkan bakal menjadi tetamu program popular itu.
Ujar pihak produksi “2 Days 1 Night”,
Han Ga-in baru sahaja menamatkan penggambaran baru-baru ini.
Khabarnya kemunculan pelakon wanita itu berjaya dek usaha jitu oleh ahli dan pihak produksinya. Malah ini merupakan pertama kali pasangan suami isteri itu membuat kemunculan bersama selepas berkahwin.
Episod bersama Han Ga-in itu akan ditayangkan April nanti.
Tak sabarnya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.