Ikuti Kami:

“Isteri Teman Saya” – Song Joongki Tak Kisah Rakam Babak Ranjang Dengan Choi Sungeun

“Isteri Teman Saya” – Song Joongki Tak Kisah Rakam Babak Ranjang Dengan Choi Sungeun

Sepertinya Song Joong-ki kian matang dalam pemilihan naskhah lakonan kini.

Terbaru, nama Song Joong-ki dan Choi Sung-eun menjadi bualan ramai apabila berani merakam babak ranjang untuk filem “My Name Is Loh Kiwan”. Katanya, babak tersebut memaparkan adegan sekatil itu bagi menandakan penyatuan dua hati.

Apabila ditanya sekiranya tertekan perlu merakam babak berahi itu,

Saya tidak merasa tertekan sama sekali, dan saya tidak pernah bertanya kepada Choi Sung-eun sama ada dia berasa tertekan. Walaupun tahap adegan tidur itu lebih tinggi dalam skrip, saya tidak merasa tertekan.

song joongki

Bukan itu sahaja, Song Joong-ki mendedahkan bahawa isterinya yang mengandung pada ketikan penggambaran sentiasa ada bersama menemaninya,

Aabila menjalani penggambaran di luar negara, terdapat banyak faktor yang tidak dapat dijangka. Apatah lagi saya merupakan pelakon utama, jadi saya tidak boleh mengalami kemalangan atau kecederaan. Dengan isteri yang sedang mengandung bersama, saya perlu menjaga dia dengan baik, jadi saya tidak mempunyai banyak masa untuk berehat.

Sayang betul dengan isteri!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...