Bukan senang nak jadi ayah yang baik kepada semua anak.
Malah Yoo Jae-suk yang dikenali sebagai seorang yang baik dalam kalangan orang industri, turut mengalami masalah apabila berhadapan kedua anaknya iaitu Ji-ho dan Na-eun.
Kisah bermula apabila Kim Na-young berkongsi cerita mengenai dua anak lelakinya di “You Quiz On The Block”.
Jo Se-ho sempat mencelah dan menceritakan bagaimana Yoo Jae-suk melayan anak perempuannya dengan lembut,
Na-eun, ayah sedang bercakap dalam telefon. Lepaskan ayah sekejap.
Walau bagaimanapun, Yoo Jae-suk berseloroh dan mengatakan bahawa dia hanya bercakap seperti itu dengan Na-eun dan bukannya Ji-ho yang berusia 13 tahun kini.
Bahkan pengacara No. 1 di Korea itu menyatakan bahawa isterinya, Na Kyung-eun turut menegur nada suaranya yang berbeza.
Yoo Jae-suk kemudian melihat ke kamera dan memohon maaf secara rasmi buat anak lelakinya,
Ji-ho, ayah minta maaf.
Melihatkan kisah keluarga Yoo Jae-suk itu nyata membuatkan penonton tersenyum.
Ayah memang sayang anak perempuan lebih kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.