Selepas 13 tahun, So Ji-sub akhirnya kembali menemui penonton dengan siri genre noir berjudul “Mercy For None” di Netflix.
Bagi yang belum tahu, drama ini mengikuti So Ji-sub dengan wataknya sebagai Gi-jun, yang ingin membalas dendam atas kematian adiknya pada 11 tahun yang lalu.
Memandangkan ini adalah projek aksinya yang pertama setelah sekian lama, So Ji-sub akui dia mempunyai kebimbangan kerana dah makin meningkat usia. Luahnya,
Saya semakin tua sekarang jadi saya agak bimbang tentang sendi saya. Nasib baik, saya tak cedera semasa penggambaran dan dapat habiskan dengan selamat.
Ketika ditanya jika isterinya risau, lelaki itu memberitahu,
Saya tidak memberitahu dia apa yang saya rakamkan. Saya bukan jenis yang bercakap banyak tentang kerja saya. Selepas menonton cerita itu, dia hanya berkata ‘Mesti susah kan’. Saya rasa dia lihat kesusahan itu terlebih dahulu.
Best tak korang drama ni?