Siapa yang biasa menonton program interaktif “PLAYou” di Kakao TV yang dikendalikan Yoo Jae-suk?
Sedar tak sedar, rancangan itu sudah pun sampai ke penghujungnya. Kata pengacara itu,
Semua, ini kali terakhir saya bersama awak. Sebab itu mereka suruh saya berpakaian elok. Selepas menonton ini, awak mesti macam ‘Perlu ke saya tahu hal itu?’. Okay, tak perlu.
Penonton kemudiannya bertanya sama ada rakan selebriti Yoo Jae-suk ada menonton program ini. Jawab Yoo Jae-suk, agak sukar untuk mereka menonton kerana ia bersiaran secara langsung.
Lee Sang-yeob kata kadang-kadang dia menonton ‘PLAYou’. Tak pasti sekiranya dia menonton hari ini.
Kongsinya lagi,
Jo Se-ho terlalu sibuk untuk menonton. Jun So-min juga sibuk dan tak menonton. Walaupun tiada jadual, Mi-joo tak menontonnya. Ji Seok-jin mungkin menonton tapi saya tak pasti. Kim Jong-kook ada melihat beberapa siaran namun dia berlakon seperti tak pernah menonton. Saya tak tahu sekiranya Lee Kwang-soo pernah menonton. Saya tak pasti tentang Song Ji-hyo. Isteri saya, Kyung-eun agak sibuk ketika ini. Dia menghabiskan masa bersama Na-eun.
Yoo Jae-suk mendedahkan bahawa Yoo Hee-yeol menonton program ini. Jelasnya,
Yoo Hee-yeol menonton. Lebih daripada itu, CEO Yoo Hee-yeol menonton dengan perasaan strategik di dalam ruangan hubungan bisnes kami.
Untuk pengetahuan, “PLAYou” ialah program hiburan dengan konsep interaksi dan komunikasi bersama penonton di mana mereka ‘bermain’ dan menyelesaikan misi bersama Yoo Jae-suk dalam siaran secara langsung.
“PLAYou” berakhir di episod ke-12 pada 31 Mei lalu.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.