Ikuti Kami:

“Isi Kekosongan Lee Kwangsoo?” – Jadi Tetamu Lagi, Netizen Tebak Jo Woojae Bakal Ahli Baru ‘Running Man’?

“Isi Kekosongan Lee Kwangsoo?” – Jadi Tetamu Lagi, Netizen Tebak Jo Woojae Bakal Ahli Baru ‘Running Man’?

Nampaknya dua ahli wanita masih lagi ‘hilang’ daripada episod “Running Man” akan datang.

Ini kerana Song Ji-hyo terpaksa menjalani kuarantin kendiri sebelum ini kerana tidak dapat mendapatkan vaksin dek alergik ubatan barat manakala Jun So-min pula baru sahaja sembuh selepas menjalani pembedahan disebabkan tulang kaki retak.

Bagi mengisi kekosongan itu, Jo Woo-jae yang pernah menjadi tetamu sebelum ini dan menerima respon positif orang ramai dilihat muncul dalam sedutan episod akan datang.

jo woojae running man

Dalam episod itu nanti, ahli “Running Man” akan kembali dengan episod khas ‘Perhimpunan Tazza’ yang pernah dianjurkan sebelum ini.

Melihatkan model dan pelakon itu yang selesa dengan ahli program itu yang lain selain menunjukkan penyertaan yang mengujakan, ianya menimbulkan banyak perbincangan dalam kalangan penonton.

jo woojae running man

Rata-ratanya menebak adakah lelaki itu akan diserap sebagai ahli baru program popular berkenaan,

Melihatkan Jo Woo-jae yang menjadi tetamu sekali lagi, sepertinya Yoo Jae-suk yang memintanya.

 

Dia akan isi kekosongan Lee Kwang-soo ke?

 

Akan jadi tetap?

Dalam pada itu, “Running Man” disahkan menundakan tayangan pada minggu ini bagi memberi laluan kepada Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022. Jadi, episod seterusnya bersama Jo Woo-jae ini akan bersiaran pada 20 Februari nanti.

Okay tak kalau Jo Woo-jae sertai “Running Man”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...