Ikuti Kami:

Irene Tak Sambung Kontrak, Red Velvet Bakal Dibubarkan?

Irene Tak Sambung Kontrak, Red Velvet Bakal Dibubarkan?

Sudah pun 9 tahun di dalam industri, khabarnya Red Velvet sedang mengalami isu berkaitan kontrak eksklusif bersama SM Entertainment kini.

Menurut laporan media, kumpulan itu masih lagi belum memberikan sebarang kemas kini mengenai maklumat kontrak mereka meskipun sudah hampir memasuki tahun ke-10 debut. Walau bagaimanapun, salah seorang ahlinya iaitu Seulgi sudah pun mengesahkan bahawa dia menyambung kontrak bersama agensi gergasi itu pada Julai lalu.

Bagi yang tidak mengetahui, tempoh kontrak setiap ahli berbeza mengikut tarikah mereka memasuki syarikat berkenaan. Berkemungkinan besar, ada ahli yang masih lagi belum selesai dengan kontrak mereka lantas tiada kata sepakat yang dicapai lagi kini.

irene red velvet

Situasi menjadi rumit khabarnya kerana Irene iaitu ketua kumpulan Red Velvet dikatakan belum lagi memanjangkan kontrak bersama SM Entertainment lantas agak sukar untuk mengesahkan aktiviti lanjut kumpulan itu termasuklah persediaan album, persembahan, konsert dan acara lain.

Dalam pada itu, peminat Red Velvet pernah melakukan protes pada agensi berkenaan kerana tidak meriliskan album lanjut kepada rantaian album ‘Festival’ di mana ia merangkumi album ‘Feel My Rhythm’ serta album terakhir dikeluarkan di bawah konsep itu ialah ‘Birthday’ pada November tahun lalu.

Nantikan maklumat lanjut mengenai hal ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...