Irene RED VELVET Bakal Lancar Rancangan Hiburan Solo ‘Irene’s Work & Holiday’
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Nampaknya, Irene RED VELVET akan menemui peminat menerusi rancangan hiburan solonya sendiri!
Menurut laman penstriman seezn, rancangan realiti pertama Irene berjudul “Irene’s Work & Holiday” akan ditayangkan pada 4 Ogos ini.
“Irene’s Work & Holiday” akan menunjukkan kehidupan idola itu yang jujur dan semangat untuk bekerja. Dari awal debut sehingga kini, penampilan selesa dan tidak berhias kakitangan dan Irene yang pergi bercuti dengan segala jadual dan kehidupan seharian, akan dipaparkan buat kali pertama dalam rancangan ini.
https://twitter.com/my_seezn/status/1551371646325637120
Selain itu, “Irene’s Work & Holiday” akan dikeluarkan buat kali pertama melalui seezn pada hari Khamis, 4 Ogos ini, dan episod baharu akan dikeluarkan pada setiap Khamis. Sesiapa sahaja boleh menontonnya secara percuma, hanya dengan log masuk!
Jangan lupa tonton!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




