Ikuti Kami:

‘Into The Ring’ Tamat Dengan Rating Sederhana, Penonton Puji Elemen Politik Diselit Babak Kelakar

‘Into The Ring’ Tamat Dengan Rating Sederhana, Penonton Puji Elemen Politik Diselit Babak Kelakar

Sendu kini malam Rabu dan Khamis apabila drama “Into The Ring” sudah pun menamatkan tayangannya.

Sinopsis “Into The Ring”

Koo Se-ra (Nana) lahir dalam keluarga yang serba miskin namun masih mampu mempunyai personaliti yang ceria. Dia menampung perbelanjaan dirinya dengan mengambil pelbagai pekerjaan separuh masa. Wanita ini juga terkenal di kejiranan tempat tinggalnya kerana sering menfailkan aduan di pejabat perbandaran tersebut.

Seo Gong-myung (Park Sung-hoon) pula bekerja sebagai kakitangan awam gred lima dan dia sangat tegas dengan prinsip hidupnya. Merupakan seorang yang sangat berdedikasi dengan tugasnya, dia turut tidak disukai ramai kerana perangainya yang tidak berkawan itu. Tanpa sengaja, hidup lelaki itu mula berubah selepas berkenalan dengan Koo Se-ra.

episod akhir into the ring

Pengakhiran bahagia buat Se-ra dan Gong-myung

Selalu lelaki beria kejar wanita kegemarannya tapi lain pula dalam “Into The Ring” apabila Se-ra langsung tak segan menonjolkan rasa cintanya pada Gong-myung. Lelaki itu yang pada awalnya nampak seperti tiada perasaan akhirnya goyah juga melihat kecomelan dan kesungguhan wanita itu bagi mencapai impiannya untuk menjadi wakil rakyat di kejiranannya.

Meskipun berunsur politik tetapi naskhah ini berjaya meringankan elemen tersebut dengan babak komedinya selain tingkah romantis di antara Se-ra dan Gong-myung. Rasa macam sepadan sangat melihat gandingan Park Sung-hoon dan Nana walaupun ini adalah kali pertama mereka menggalas tanggungjawab sebagai watak utama bersama.

episod akhir into the ring

Para penonton juga berasa terhibur melihat perkembangan hubungan di antara kedua watak ini selain diiringi oleh perangai ‘gila-gila’ ibu bapa Se-ra dan juga rakan-rakan wanita itu yang lain yang sama ‘masuk air’. Boleh tahan juga penerimaan “Into The Ring” dalam kalangan peminat K-Drama kerana ia berjaya meraih rating dalam lingkungan 2% ke 3.5% sepanjang tayangannya, not bad!

Boleh lah marathon “Into The Ring” kalau siapa sukakan drama politik yang berbunga-bunga!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...