Ikuti Kami:

‘Inspector Koo’ Batal Tayangan Minggu Ini, Hanya Tayang Highlight Episod Lalu

‘Inspector Koo’ Batal Tayangan Minggu Ini, Hanya Tayang Highlight Episod Lalu

Mesti beremosi kan apabila drama kegemaran anda menundakan tayangan?

Bersabarlah penonton “Inspector Koo” kerana dikhabarkan dua episod minggu ini (27 dan 28 November) ditunda tayangan ke minggu hadapan. Katanya, ia mahu memberikan masa untuk menghadam drama ini buat penonton.

Walaubagaimanapun akan ada ‘highlight’ sepanjang 8 episod yang ditayangkan kini bagi menggantikan episod berkenaan. Dengan judul ‘Memerhatikan Koo-kyung’, pelbagai babak menarik akan disertakan dalam tayangan khas ini.

jtnc inspector koo

Dalam pada itu, episod ke-9 akan menemui penonton pada 4 Disember nanti.

“Inspector Koo” ialah drama misteri komedi mengenai Koo Kyung-yi, seorang penyiasat insurans bijak. Tapi semuanya berubah apabila dia mula hidup menyendiri selepas kematian suami. Pun begitu, dia masih lagi menyelesaikan banyak kes sebelum terlibat dengan seorang pelajar kolej yang merupakan pembunuh bersiri.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...