Ikuti Kami:

“Ini Watak Yang Saya Belum Pernah ‘Feel'” – Lee Sungkyung Kongsi Kehidupan Sebagai Pelakon & Projek Akan Datang

“Ini Watak Yang Saya Belum Pernah ‘Feel'” – Lee Sungkyung Kongsi Kehidupan Sebagai Pelakon & Projek Akan Datang

Lee Sung-kyung baru-baru ini tampil bersama majalah ELLE KOREA untuk edisi terbaru!

Dalam satu sesi temu bual bersama ELLE KOREA, Lee Sungkyung juga sempat berkongsi beberapa informasi mengenai dirinya. Dia ditanya mengenai perbezaan kehidupannya sebagai orang biasa dan sebagai seorang pelakon dan model. Dia berkata,

Apabila saya berlakon, saya hanya fokus kepada watak saya sahaja. Namun, apabila saya di rumah, saya cuba mencipta satu situasi di mana saya boleh fokus tanpa henti dan berfikir mengenai keseluruhan pembawakan watak, sehingga saya puas.

Saya perlu menimbulkan rasa selesa untuk berada di set, Mungkin itulah waktu saya menjadi Lee Sung-kyung, manusia yang hanya fokus bekerja.

lee sungkyungDia juga menambah,

Sesi penggambaran adalah seperti tempat permainan. Saya rasa saya dapat menunjukkan diri sebenar saya, macam mana pun yang saya mahukan. Semestinya, kalau dari segi lakonan, saya dapat melihat hasil lakonan selepas usaha yang berat. Proses penggambaran juga merupakan proses yang berharga bagi saya. Bidang lakonan dan model, kedua-duanya mengisi hati saya dengan cara yang berbeza. 

lee sungkyungLee Sung-kyung turut ditanya mengenai watak yang paling menyentuh hatinya sepanjang berlakon.

Saya tak boleh menjawab secara terperinci namun, saya rasa watak Shim Woo-joo dalam drama terbaru saya, “Tell Me It’s Love”. Itu adalah watak yang saya tengah usahakan sekarang dan hati saya amat dekat dengan watak itu. Dalam banyak-banyak watak yang saya bawa, watak ini adalah watak yang paling kurang senyum. Saya rasa kali ini, saya akan bawakan watak yang saya sendiri belum pernah pamerkan. 

Dalam pada itu, Lee Sung-kyung bakal tampil dalam beberapa projek yang akan datang, “Tell Me It’s Love” dan juga musim terbaru bagi “Dr. Romantic”.lee sungkyungRajin bekerja ya Lee Sung-kyung ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...