Ikuti Kami:

Ini Sebab Kang Hoon & Ji Yeeun Tak Boleh Jadi Ahli Tetap ‘Running Man’

Ini Sebab Kang Hoon & Ji Yeeun Tak Boleh Jadi Ahli Tetap ‘Running Man’

Perasan tak yang Kang Hoon dan Ji Ye-eun rajin menjadi tetamu “Running Man” sejak kebelakangan ini?

Disebabkan oleh personaliti mereka yang sesuai dengan ahli program berkenaan, ada yang tertanya-tanya mengapa kedua-dua pelakon tersebut tidak diserap sebagai ahli tetap.

Tapi ramai yang faham mengapa pihak produksi mengalami kesukaran dalam menentukan ahli tetap. Sebelumnya, ketika Jeon So-min dan Yang Se-chan menyertai program, banyak komen negatif diterima oleh mereka.

Bahkan pihak “Running Man” terpaksa menukar papan mesej penonton kepada mod peribadi untuk melindungi Jeon So-min daripada komen negatif yang berlebihan pada ketika itu.

ji yeeun kang hoon

Sekarang ini, disebabkan oleh jumlah penampilan Kang Hoon dan Ji Ye-eun kian meningkat, beberapa peminat telah meninggalkan komen negatif kepada mereka. Malah ada yang meminta mereka berhenti selain turut meninggalkan komen negatif di media sosial peribadi mereka.

Disebabkan oleh keutuhan dinamik penonton ahli asal program ini, berkemungkinan agak sukar untuk mereka menerima ahli baru ke dalam kumpulan itu.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   OSEN

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...