Ikuti Kami:

“Ini Pun Tak Tahu?” – Lee Mijoo Dikritik Tak Tahu Peribahasa Mudah

“Ini Pun Tak Tahu?” – Lee Mijoo Dikritik Tak Tahu Peribahasa Mudah

Terbaru, netizen menjalani perdebatan mengenai perbualan Lee Mi-joo dan Yoo Jae-suk dalam “Hangout With You”.

Dalam episod lalu, Lee Mi-joo, Jung Jun-ha dan Yoo Jae-suk bersembang mengenai pelbagai perkara di restoran kalguksu dalam episod itu.

Kata Yoo Jae-suk,

Pasaran ini ialah lauk sampingan (lapar ialah sos terbaik).

mbc hangout with you

Tanya Lee Mi-joo seperti tidak tahu,

Adakah ia peribahasa?

Apabila ditanya sama ada dia tidak mengetahuinya, jawab Lee Mi-joo malu,

Bukankah ia bermaksud lauk sampingan dijual banyak di pasar?

Jelas pengacara itu,

Kita selalu kata ‘sijanghada’ apabila lapar, kan? Perinahasa itu bermaksud semuanya sedap bila anda lapar. Tak banyak lauk sampingan di pasar. Awak belajar benda baru hari ini.

mbc hangout with you

Babak ini kemudiannya tular di laman komuniti sejurus selepas tayangan itu, dengan lebih 1,000 komen yang menampilkan reaksi pelbagai dari netizen. Ada yang memahami sekiranya Lee Mi-joo tidak mengetahui mengenai peribahasa itu tapi ramai yang terkejut kerana ramai rupanya tidak pernah terdengar mengenainya.

Komen netizen,

Saya sejujurnya terkejut. Saya tak percaya ramai yang tak tahu mengenainya.

 

Saya dilahirkan pada tahun 1997 namun saya ada terdengar mengenai peribahasa ini banyak kali.

 

Sedihnya melihat satu demi satu peribahasa hilang seperti ini.

Kata yang lain pula,

Dia mungkin tak tahunya. Seperti kata Jae-suk, kita belajar benda baru hari ini.

 

Saya faham dia kerana ramai yang jarang menggunakan ekspresi itu sekarang ini.

 

Tak semestinya dia tak tahu, kita patut ungkit mengenai common sense.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...