Ikuti Kami:

“Ini Pertama Kali Saya Jumpa Jennie” – Teaser ‘The Game Caterers 2’ Bersama Keluarga YG Bikin Tawa

“Ini Pertama Kali Saya Jumpa Jennie” – Teaser ‘The Game Caterers 2’ Bersama Keluarga YG Bikin Tawa

Jarang-jarang nak tengok keluarga YG Entertainment duduk sekali dalam satu rancangan hiburan, betul tak?

Impian semua bakal tercapai apabila “The Game Caterers” yang dibawakan oleh Na Young-suk PD meriliskan sedutan pendek bersama artis di bawah syarikat itu.

Menerusi teaser itu, tetamu yang hadir ialah Jennie BLACKPINK, Eun Ji-won SECH KIES, Kim Jin-woo dan Mino dari WINNER, Yun-hyeong dan Jin-hwan dari iKON, Ji-hoon dan Choi Hyun-suk dari TREASURE dan Lee Chan-hyuk AKMU.

yg the game caterers

Jarang-jarang berjumpa, ramai yang terkejut mendengar pendedahan Eun Ji-won,

Tapi ini ialah kali pertama saya bertemu Jennie dalam kehidupan sebenar?

Meskipun Eun Ji-won dan Mino sudah biasa bermain dengan Na Young-suk menerusi “New Journey To The West”, Jennie menunjukkan kemahiran yang baik sehingga dipuji Mino,

Macam mana awak boleh bagus sangat?

yg the game caterers

Ji-hoon dan Choi Hyun-suk yang baru dengan dunia hiburan menunjukkan perasaan teruja apabila pertama kali permainan ‘kuiz karakter’.

Ini menyeronokkan! Saya biasa tengok di TV!

Lebih menyeronokkan apabila Jennie menari dengan lincah apabila ‘Red Flavour’ dari RED VELVET dimainkan.

yg the game caterers

Jangan lupa untuk saksikan episod ini di tvN pada 25 Februari dan saluran YouTube selepas ianya ditayangkan di TV.

Terujanya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...