Ikuti Kami:

“Ini Keputusan Saya Sendiri..” – J-Hope Dedah Sebab Ingin Sertai Latihan Tentera Selepas Jin

“Ini Keputusan Saya Sendiri..” – J-Hope Dedah Sebab Ingin Sertai Latihan Tentera Selepas Jin

Berita tentang J-Hope sebagai ahli BTS yang seterusnya bakal sertai latihan ketenteraan pastinya mengejutkan ramai peminat.

Bagi yang belum tahu, pada 26 Februari, BigHit Music telah mengumumkan bahawa J-Hope akan menjadi ahli kedua BTS akan memulakan khidmat ketenteraannya tak lama lagi, selepas selesai memohon pembatalan untuk penangguhan pendaftarannya.

Kemudian pada hari yang sama, penyanyi “Arson” itu telah menjelaskan lebih lanjut kepada peminat mengenai hal tersebut, menerusi siaran langsung di laman Weverse. Pada awalnya dia berkata,

Ia adalah sesuautu yang telah saya rancang dan fikirkan sejak tahun lepas. Selepas pendaftaran Jin, saya banyak memikirkan masa untuk saya pula mendaftar.

Sambung J-Hope lagi,

Saya fikir lebih baik untuk segera mendaftar dan kembali, bagi menunjukkan kepada anda sisi yang lebih baik dari diri saya. Oleh itu, ini adalah keputusan yang saya buat.

j-hope bts

Jelasnya lagi mengenai butiran latihan ketenteraannya,

Saya telah memulakan proses pendaftaran tetapi awak tidak perlu terlalu sedih kerana saya tidak akan mendaftar terus. Saya fikir saya akan melakukan yang terbaik untuk merakam pelbagai kandungan/projek sehingga saya menyertai tentera. Saya akan mempunyai banyak perkara untuk ditunjukkan kepada semua.

ARMY akan sentiasa tunggu J-Hope kembali!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...