Ikuti Kami:

“Ini Kali Terakhir Saya Bawa..” – Yang Sejong Dedah Ingin Cabar Diri Lakon Watak Penjahat

“Ini Kali Terakhir Saya Bawa..” – Yang Sejong Dedah Ingin Cabar Diri Lakon Watak Penjahat

Biar betul?

Pelakon yang sedang meningkat naik dengan lakonannya di dalam drama “Doona!” iaitu Yang Se-jong telah menceritakan kesukarannya untuk membawa watak sebagai seorang pelajar yang muda 11 tahun dari umur sebenarnya.

Yang Se-jong telah membawakan watak sebagai Won-joon, seorang pelajar cemerlang yang sangat prihatin dengan orang sekelilingnya.

Namun walaupun lakonan pelakon itu dipuji ramai, Yang Se-jong telah mendedahkan bahawa dirinya tidak mahu lagi membawakan watak seperti itu selepas ini.

Katanya,

Ini kali terakhir saya bawa watak seperti ini sebab sekarang saya ingin cabar diri untuk bawa watak jahat pula. Malah, saya juga teringin untuk berlakon sebagai watak melodrama. Saya berharap sangat projek saya seterusnya bukan drama romantik lagi.

yang sejong doona

Tambah pelakon itu,

Saya merancang untuk bina filemografi saya dengan memainkan sebanyak mungkin watak yang berbeza. Ianya kerana dengan membawa watak yang berlainan, saya akan berkembang menjadi pelakon yang lebih baik.

Teringin juga nak tengok Yang Se-jong bawak watak penjahat atau berlakon dalam filem aksi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...