Ikuti Kami:

“Ini Gandingan Pertama Saya Bersama Jeon Doyeon” – Jung Kyungho Sah Terajui ‘One Shot Scandal’

“Ini Gandingan Pertama Saya Bersama Jeon Doyeon” – Jung Kyungho Sah Terajui ‘One Shot Scandal’

Pelakon Jung Kyung-ho yang sebelum ini sangat terkenal melalui siri Netflix “Hospital Playlist” kini khabarnya bakal bergandingan dengan pelakon hebat, Jeon Do-yeon buat kali pertama!

Jung Kyung-ho baru-baru ini bertemu dengan Jeon Do-yeon di mana mereka dilamar untuk menjadi teraju utama dalam satu drama terbaru bergenre romantik komedi di platform tvN “One Shot Scandal” sebagai pengajar dan ibu bapa.

“One Shot Scandal” ialah sebuah karya yang diarahkan oleh Yoo Je-won, yang mengarahkan drama tvN “Hometown Cha-Cha-Cha”, dan pengarah itu sekali lagi berjaya menarik perhatian industri selepas mengesahkan pelakon Jung Kyung-ho dan diikuti Jeon Do-yeon untuk menerajui drama terbaru.

jung kyung ho jeon do yeon

Jeon Do-yeon digelar sebagai ratu Cannes menerusi filem “Secret Sunshine”, telah menunjukkan kemahiran lakonan tanpa hadnya melalui pelbagai karya. Cabaran Jeon Do-yeon kali ini amat dinantikan dan menimbulkan rasa ingin tahu dari kalangan peminat melalui drama komedi romantik terbaru ini sejak “Lovers in Prague” pada tahun 2005.

Selain itu, memandangkan Jung Kyung-ho, yang mempunyai hubungan yang baik dengan tvN melalui siri “Hospital Playlist”, dia menerima tawaran untuk watak utama lelaki dalam “One Shot Scandal”, jangkaan kian meningkat sama ada gandingan baharu antara Jeon Do-yeon dan Jung Kyung-ho akan membuahkan hasil.

Dalam pada itu, masa tayangan “One Shot Scandal” belum diputuskan setakat ini, dan ia dijadualkan bakal memulakan penggambaran pada musim panas ini. Ia meningkatkan lebih banyak kredibiliti kerana ia adalah komedi romantik yang baru diperkenalkan oleh tvN.

Korang dah boleh mula tunggu ‘update’ seterusnya tau! Tak sabar rasanya nak tengok gandingan dua pelakon hebat ini buat pertama kali.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...