Ikuti Kami:

Ini Cerita Sebenar Di Sebalik Tuduhan Jang Kiyong & Selebriti Lain Cuti Sewenangnya Ketika Latihan Tentera

Ini Cerita Sebenar Di Sebalik Tuduhan Jang Kiyong & Selebriti Lain Cuti Sewenangnya Ketika Latihan Tentera

Tiada angin, tiada ribut, nama beberapa selebriti yang sedang menjalani latihan ketenteraan kini terpalit dengan satu kontroversi.

Menerusi pendedahan seorang individu di Twitter, dakwanya, beberapa selebriti yang menyertai muzikal ketenteraan iaitu “Blue Helmet: Song Of Meissa” telah menjalani aktiviti peribadi semasa dalam latihan itu.

Tulisnya,

Saya ingin mendedahkan parti hari jadi buat Jang Ki-yong yang dijalankan di Dewan Konsert Jeonju ketika muzikal pada 7 haribulan.

Jelasnya,

Semasa tempoh persembahan itu, parti hari jadi Jang Ki-yong telah berlangsung du sebuah kafe kecil di Dewan Yeonji. Kemudian, pada pagi 7 haribulan, para tentera dan ketua unit datang untuk mengambil barang sokongan selain Jang Ki-yong dan staf lain turut melawat kafe itu. Dia turut mengadakan perjumpaan peminat dengan 20 hingga ke 30 orang untuk menyapa mereka dan juga ahli keluarganya.

jang kiyong

Tambah individu itu lagi,

Bukan sahaja Jang Ki-yong, Hyojin ONF, Inseong ONF dan Chanyeol EXO mempunyai telefon bimbit malah mempunyai cuti peribadi tanpa had pada hari biasa kecuali jika ada persembahan pada hari berkenaan. Mereka turut keluar minum hingga ke malam.

Walau bagaimanapun, entri di Twitter ini dilihat hilang tak lama selepas pendedahan itu dilakukan.

Tidak mahu mengeruhkan keadaan, pihak muzikal itu memberi penjelasan lanjut bagi menafikan segala dakwaan tidak berasas itu,

Pada 7 haribulan, ketika konsert Jeonju, ramai peminat yang mengerumuni Jang Ki-yong kerana hari jadinya.  Disebabkan oleh hadiah yang banyak, Jang Ki-yong memilih untuk menolak menerima kesemuanya.

jang kiyong

Ulas pihak muzikal itu mengenai cuti tanpa sebab pula,

Kesemua mereka memuat naik foto harian semasa sedang dalam percutian peribadi.

Akhiri wakil itu,

Kini, kesemua tentera yang muncul dalam muzikal ketenteraan ini sedang menjalankan tugas mereka dengan bertanggungjawab sehingga ke akhir jadual persembahan. Saya berharap agar hal seperti ini tidak akan mengganggu mereka yang sedang menjalankan tugas secara berhemah.

Tak baik tuduh je..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...