Ikuti Kami:

Ini Bukti Artis Korea Tahu Dahulu Sebelum Media Dedah Hubungan Cinta Mereka Pada Umum

Ini Bukti Artis Korea Tahu Dahulu Sebelum Media Dedah Hubungan Cinta Mereka Pada Umum

Korang mesti curios bagaimana proses media Korea mendedahkan mengenai hubungan cinta artis di negara itu kan?

Minggu lalu, Lee Mi-joo LOVELYZ yang aktif sebagai penghibur kini disahkan sudah lama menjalinkan hubungan cinta bersama atlet bola sepak, Song Beom-keun.

Semasa berita itu mula berterbangan di laman komuniti, sebenarnya wanita itu sedang menjalani penggambaran untuk rancangan “How Do You Play”. Disebabkan itu, semua dapat melihat bagaimana Mi-joo mengalami situasi panik apabila berita itu akhirnya diketahui semua.

Sepanjang rakaman, ahli lain seperti Yoo Jae-suk, Haha, Joo Woo-jae, Park Jin-joo dan Lee Yi-kyung asyik menenangkan Mi-joo supaya dia tidak terlalu terkesan dengan kejadian itu. Pujuk Yoo Jae-suk,

Tak apa, selepas 5 hari berlalu, pastinya semua akan kembali tenang.

Dari kejadian tersebut, penonton mendapat tahu bahawa artis yang terlibat biasanya akan mengetahui mengenai artikel yang akan dikeluarkan. Bahkan kesemua urusan diuruskan oleh agensi artis yang terlibat memandangkan Mi-joo kekal dengan penggambaran meskipun artikel mengesahkan hubungannya bersama Song Beom-keun keluar pada waktu yang sama ketika rakaman itu.

Macam tu rupanya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily  untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...